BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

PROSES METAKOGNITIF DALAM MENYIAPKAN TUGASAN

Metakognitif merupakan kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.Dalam konteks pembelajaran ,siswa atau pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk belajar ,mengetahui kemampuan dan minat belajar yang dimiliki serta mengatahui strategi belajar yang berkesan agar pembelajaran lebih efektif.Proses metakognitif ini di aplikasikan dalam menyiapkan tugasan.Terdapat beberapa langkah yang diikut antaranya,merancang.Sebelum menyiapkan tugasan saya akan merancang terlebih dahulu apa yang perlu saya lakukan sebelum memulakan tugasan.Hal ini membantu kita supaya motif yang ingin dicapai tidak terpesong dari landasannya yang sebenar.Ini menunjukkan bahawa perancangan ini perlu agar tugas kita dapat disiapkan dalam keadaan yang sempurna .Langkah kedua ialah melaksana.Setelah merancang apa yang perlu dlakukan,maka proses perlaksaannya perlu diteruskan supaya objektifnya tercapai.Saya melaksanakan tugasan saya dengan mengunjungi laman-laman web yang berkaitan sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan.Namun demikian,proses pencarian maklumat ini lebih mudah diperolehi dengan bantuan laman web www. 3metaku.com.Setelah melaksanakan tugasan ,kini tiba pula langkah untuk memantau hasil tugasan yang disiapkan.Saya akan memantau blog rakan-rakan untuk melihat hasil kerja mereka untuk dibuat perbandingan.
Langkah seterusnya ialah menilai.Setiap tugasan yang dilakukan perlu dinilai untuk melihat sejauh mana hasil kerja kita.Oleh itu,saya menyerahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan terdekat untuk menilai hasil kerja saya.

0 comments: