Pra keperluan daripada 3metaku memberi panduan mengenai kemahiran-kemahiran asas yang perlu diketahui untuk mengakses dan mempelajari maklumat daripada internet.Terdapat 4 pelayar web utama iaitu internet explorer,mozilla firefox ,opera dan safari.Pelayar web ini membolehkan kita melayari maklumat daripada internet.
Terdapat beberapa ejen carian yang digunakan untuk mencari maklumat.Ia juga merupakan laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman -laman web berdasarkan sesuatu kata kunci.Ejen carian yang umum yang sering digunakan ialah,yahoo,google dan ask jeeves.Melalui 3metaku juga terdapat beberapa teknik carian yang di perkenalkan.Teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada kita untuk membantu mencari maklumat dengan cara yang cekap dan berkesan.Antara teknik carian yang dibincangkan dalam teknik 1 ialah sepertimenggunakan kata kunci untuk mencari laman web.Teknk kedua menggunakan tanda pembuka dan penutup kata untuk mendapatkan untuk mendapatkan hasil carian yang tepat dan spesifik.Teknik yang ketiga ialah menggunakan kemudahan "advance search" untuk menghadkan carian kepada bahasa,bidang,domain internet dan sebagainya.Teknik yang keempat ialah dengan menggunakankata kunci untuk mencari objek grafik /imej melalui enjin carian yang sesuai seperti yahoo dan google dan yang terakhir melalui new tab/window.
3metaku juga menyediakan teknik2 yang sesuai untuk menyimpan bahan dan maklumat. teknik pertama,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites.teknik kedua,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites dengan mencipta folder supaya alamat disimpan lebih teratur.Teknik ketiga ialah menyimpan dokumen laman web dan teknik yang terakhir ialah menyimpan objek web sepeti videc,grafik,audio dan dokumen dalam format pdf,ppt,doc dan lain-lain.
Selain itu 3metaku juga menyediakan 2 modul pembelajaran iaitu Modul pembelajaran secara dalam talian dan modul pembelajaran secara luar dan dalam talian.Modul pertama ialah untuk pelajar yang inain mempelajari bahan secara dalam talian. Modul ini melibatkan proses mencari,memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian.antara proses yang dicadangkan dalam modul ini adalah memulakan dengan proses mencari maklumat yang menghasilkan peta minda.kemudian pilih maklumat yang hendak dicari dahulu dan teruskan dengan proses memilih dan mempelajari maklumat tersebut.langkah tersebut diulangi untuk mencari maklumat yang lain.setelah selesai gunakan maklumat yang telah disintesis untuk menyelesaikan tugasan. Modul kedua ,langkah 1 hingga sama dengan modul 1,cuma langkah keempat maklumat disimpan satu demi satu sebelum disintesis.
0 comments:
Post a Comment