BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, August 26, 2009

NOTAKU!!!

yahoo mail

  • perkara pertama yang perlu dilakukan semasa menghadiri kelas komputer dalam pendidikan ialah mendaftar yahoo mail masing-masing
  • yahoo mail memudahkan perhubungan antara satu sama lain sama ada dengan pensyarah mahupun rakan seperjuangan
  • Oleh itu yahoo mail ini diaplikasikan di dalam kelas komputer dalam pendidikan untuk menghantar kehadiran kepada pensyarah melalui alam maya misalnya. 
yahoo Group
  • Yahoo group juga merupakan medan perhubungan antara satu sama lain.Yahoo group ini berbeza dengan yahoo mail.perbezaannya ialah kita boleh menjemput rakan-rakan kita untuk menyertai group kita,begitu juga dengan kita boleh menyertai group rakan yang lain
  • Melalui Yahoo  group kita boleh bersama-sama rakan yang lain membincangkan sesuatu isu,masalah,pandangan dan sebagainya melalui alam maya tanpa perlu bersemuka antara satu sama lain,maka yahoo group ini boleh diertikan seperti kumpulan perbincangan 
Facebook  
  • Merupakan satu laman web yang fungsinya hampir sama dengan yahoo group tetapi perhubungannya lebih meluas sehinggakan merentasi dunia.
  • Disini kita dapat berkongsi cerita,gambar,pendapat dan sebagainya dengan rakan-rakan yang kita kenal mahupun tidak kita kenal 
  • facebook ini memudahkan lagi perhubungan kita  serta proses pencarian rakan lebih mudah disini

Blog
  • Blog digunakan untuk menyimpan segala hasil  penulisan kita seperti nota,cetusan hati dan sebagainya untuk tujuan peribadi atau untuk tatapan semua.Selain itu kita juga boleh berkongsi isi blog kita dengan rakan-rakan yang lain.

PERBEZAAN SLIDE MASTER DENGAN SLIDE SHOW

    Teknologi yang canggih hari ini telah menaiktarafkan windows yang sedia ada daripada  microsoft powerpoint2003 kepada microsoft powerpoint2007.Penggunaan versi baru ini lebih menarik dan mudah.Maka disini  terdapatlah beberapa perbezaan antara slide master dengan slide show  biasa  dari segi background,font, dan masa.

Dari segi background:slide master digunakan sekiranya  kita  menginginkan background yang sama  disetiap slide powerpoint MANAKALA slide show biasa digunakan   sekiranya kita inginkan kelainan di setiap slide powerpoint kita .Dari segi font : Dengan menggunakan slide master font yang digunakan tidak boleh diubah2 MANAKALA dengan slide show biasa kita boleh menukar font mengikut citarasa
Dari segi masa:penggunaan slide master lebih menjimatkan  masa berbanding slide show biasa



 

PROSES METAKOGNITIF DALAM MENYIAPKAN TUGASAN

Metakognitif merupakan kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.Dalam konteks pembelajaran ,siswa atau pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk belajar ,mengetahui kemampuan dan minat belajar yang dimiliki serta mengatahui strategi belajar yang berkesan agar pembelajaran lebih efektif.Proses metakognitif ini di aplikasikan dalam menyiapkan tugasan.Terdapat beberapa langkah yang diikut antaranya,merancang.Sebelum menyiapkan tugasan saya akan merancang terlebih dahulu apa yang perlu saya lakukan sebelum memulakan tugasan.Hal ini membantu kita supaya motif yang ingin dicapai tidak terpesong dari landasannya yang sebenar.Ini menunjukkan bahawa perancangan ini perlu agar tugas kita dapat disiapkan dalam keadaan yang sempurna .Langkah kedua ialah melaksana.Setelah merancang apa yang perlu dlakukan,maka proses perlaksaannya perlu diteruskan supaya objektifnya tercapai.Saya melaksanakan tugasan saya dengan mengunjungi laman-laman web yang berkaitan sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan.Namun demikian,proses pencarian maklumat ini lebih mudah diperolehi dengan bantuan laman web www. 3metaku.com.Setelah melaksanakan tugasan ,kini tiba pula langkah untuk memantau hasil tugasan yang disiapkan.Saya akan memantau blog rakan-rakan untuk melihat hasil kerja mereka untuk dibuat perbandingan.
Langkah seterusnya ialah menilai.Setiap tugasan yang dilakukan perlu dinilai untuk melihat sejauh mana hasil kerja kita.Oleh itu,saya menyerahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan terdekat untuk menilai hasil kerja saya.

Tuesday, August 25, 2009

PINGU!!!!!!!!!!!!!!!!!


Apa itu teman?? 
maybe mcm iklan Ali Cafe"teman Sejati Sntiasa d hati"!
atau
mcm FaIr & LOvely"Tiap hari sayang"
Tp org2 tua Ckp temAn 2 bahaya,mcm iklan ASTRO"Mcm2 ada"apa2 pun "Aiman X kisAh"..
Tp bagi saya temAn 2 mcm iklan Loreal"kerana dirimu BegItu Berharga"...ThAnks my friendS!!!!!!!!!!!

Sunday, August 23, 2009

TEKNIK MEMPELAJARI KEMAHIRAN ICT MELALUI 3METAKU

        Pra keperluan daripada 3metaku  memberi panduan  mengenai  kemahiran-kemahiran asas yang perlu  diketahui untuk mengakses  dan mempelajari  maklumat daripada internet.Terdapat  4 pelayar web utama iaitu internet explorer,mozilla firefox ,opera dan safari.Pelayar web ini membolehkan kita  melayari  maklumat daripada internet. 
        Terdapat beberapa ejen carian yang digunakan untuk mencari maklumat.Ia juga merupakan  laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman -laman  web berdasarkan sesuatu kata kunci.Ejen carian yang umum yang sering digunakan ialah,yahoo,google dan ask jeeves.Melalui 3metaku juga terdapat beberapa teknik carian yang di perkenalkan.Teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada kita untuk membantu mencari maklumat dengan cara yang cekap  dan berkesan.Antara teknik carian yang dibincangkan dalam teknik 1 ialah sepertimenggunakan kata kunci untuk mencari laman web.Teknk kedua menggunakan tanda pembuka dan penutup kata untuk mendapatkan untuk mendapatkan hasil carian yang tepat dan spesifik.Teknik yang ketiga ialah menggunakan kemudahan "advance search" untuk menghadkan carian kepada bahasa,bidang,domain internet dan sebagainya.Teknik yang keempat ialah dengan menggunakankata kunci untuk mencari objek grafik /imej melalui enjin carian yang sesuai seperti yahoo dan google dan yang terakhir melalui new tab/window. 
       3metaku juga menyediakan teknik2 yang sesuai  untuk  menyimpan bahan dan maklumat. teknik pertama,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites.teknik kedua,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites dengan mencipta folder supaya alamat disimpan lebih teratur.Teknik ketiga ialah menyimpan dokumen laman web dan teknik yang terakhir ialah menyimpan objek web sepeti videc,grafik,audio dan dokumen dalam format pdf,ppt,doc dan lain-lain.

        Selain itu 3metaku juga menyediakan 2 modul pembelajaran iaitu Modul pembelajaran secara dalam talian dan modul pembelajaran secara luar dan dalam talian.Modul pertama ialah untuk pelajar yang inain mempelajari bahan secara dalam talian. Modul ini melibatkan proses mencari,memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian.antara proses yang dicadangkan dalam modul ini adalah memulakan  dengan proses mencari maklumat yang menghasilkan peta minda.kemudian  pilih maklumat yang hendak dicari dahulu dan teruskan dengan proses memilih dan mempelajari maklumat tersebut.langkah tersebut diulangi untuk mencari maklumat yang lain.setelah selesai gunakan maklumat yang telah disintesis untuk menyelesaikan tugasan.  Modul kedua ,langkah 1 hingga  sama dengan modul  1,cuma langkah keempat maklumat disimpan satu demi satu sebelum disintesis.



        



   


Saturday, August 22, 2009

KEPENTINGAN ICT DALAM PENDIDIKAN KHAS

      Teknologi maklumat memainkan satu peranan yang amat penting dalam kehidupan disamping membantu Malaysia bergelar sebuah negara maju.Oleh itu ,pengajaran &  pembelajaran berbantukan komputer telah dikenal pasti sebagai satu bahan yangdapat membantu guru dan pelajar terutama dalam  Pendidikan khas secara amnya. jaringan teknologi yang luas sekarang tidak membataskan penggunaannya sama ada di peringkat umur muda atau tua,guru atau pelajar mahupun pelajar2 yang berkeperluan khas. Dengan adanya kemudahan ict pada hari ini mampu meningkatkan lagi kefahaman dan penguasaan pelajar2 terhadap sesuatu pengajaran terutamanya pelajar2 Pendidikan khas yang memerlukan peralatan khas dalam sesi pengajaran dan pembelajaran..maka,hal ini telah memudahkan proses p&p. Disamping itu,ict dalam pendidikan khas juga mempunyai beberapa kelebihannya yang tersendiri antaranya,ict ini dapat memberi peluang yang sama kepada semua pelajar khas yang mempunyai pelbagai keupayaan untuk meneroka ilmu penetahuan mengikut keupayaan mereka masing2 .
Selain itu,ict dalam pendidikan khas juga mampu mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar.pelajar2 khas ini juga seperti kanak-kanak lain, menginginkan sesuatu yang menyeronokkan dalam pembelajaran.Maka,pembelajaran berbantukan komputer amat sesuai dipraktikkan agar proses p&p dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Pembelajaran yang menggunakan komputer juga memberi peluang kepada pelajar2 khas belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum.mereka dapat mengakses maklumat dengan cepat dan ianya dapat dilakukan secara individu.
Dibawah merupakan contoh2 lain keprntingan ICT dalam Pendidikan Khas
:-
*Meningkatkan motivasi murid
*Membolehkan pembelajaran bersendirian (individualisme learning)
* Membolehkan murid mengakses maklumat yang sukar diperolehi 
*Membolehkan murid mengumpul maklumat yang diperlukan
*Membolehkan murid mencuba atau melaksanakn eksperimen yang sukar ,terlalu mahal,mustahil atau bahaya untuk dilaksanakan dengan cara biasa 
*Meningkatkan daya kreativiti dan imaginasi murid
* Memberi peluang kepada murid belajar secara berkesan dengan bimbingan yang minimum

   


 

Suka Duka Dalam kehidupan


Sebagai manusia biasa, kita tidak boleh lari daripada mengharungi suka duka dalam kehidupan..walaupun kadang2 kita merasakan kita tidak mampu mengharunginya tp itulah lumrah kehidupan...semua orang akn merasainya.tetapi yg membezakannya adalah jenis cabaran yang kita lalui..kadang2 dugaan yang mendatang itu mematangkan kita supaya kita terus tabah dan sabar dalam meneruskan kehidupan ini..kadang2 kita merasakan dugaan itu sesuatu yang membebankan,namun sebagai hamba Allah kita terpaksa akur atas ujiannya,kerana apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya.
kehidupan ini begitu unik..kadang2 ada kegembiraan,kesedihan,kepayahan,dan bermacam2 lagi.itulah yang dikatakan warna-warna dalam kehidupan yang sentiasa memenuhi ruang2 disekitar kita.oleh itu,kita sebagai manusia biasa seharusnya bersabar dan tabahkan hati supaya apa sahaja dugaan yang datang menyingkap dpat kita lalui dengan penuh keimanan..Aminn..


Ya Allah...redhoi ketulusan hati..
Ya Allah...beri aku ketabahan..
Ya Allah aku sanggup berkorban...
Demi rahmatMu...Ya Allah..



Wednesday, August 5, 2009

KEPENTINGAN FACEBOOK DALAM PENDIDIKAN KHAS

Dalam dunia yang semakin mengejar kecanggihan ini "facebook" dijadikan salah satu medan perkongsian ilmu dalam pendidikan khas amnya.pengunaan facebook dalam pendidikan khas dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih bermakna dan memudahkan pembelajaran aktif.selain itu ,dengan pengunaan facebook dalam program pendidikan khas hubungan sesama rakan sebaya akan bertambah erat kerana kita dapat mengenali di antara satu sama lain walaupun kita jarang mendapat peluang untuk bersemuka tetapi kini dengan adanya facebook kita dapat mendekati diri rakan yang lain dengan lebih dekat.Bukan itu sahaja melalui facebook kita juga dapat menyuarakan pandangan masing-masing terhadap sesuatu perbincangan yang diutarakan.Disamping itu ,kita bukan sahaja dapat berkongsi maklumat tentang sesuatu topik hasil analisis rakan -rakan lain tetapi mereka juga boleh memperbaiki hasil kerja kita.Oleh itu,pengunaan facebook boleh dianggap penting dalam membantu pelajar-pelajar yang menyertai program pendidikan khas untuk memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap imu khas agar kemudahan teknologi yang ada pada hari ini dapat diaplikasikan dengan sebaik yang mungkin...pendidikan khas mampu merentasi alam maya.