BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, October 13, 2009

Microsoft excel

  • Melalui microsoft excel kita boleh menyimpan data  akaun perbelanjaan harian,mingguan,bulanan,tahunan dan sebagainya.
  • Klik mouse pada bahagian kanan sheet 1,gantikannya dengan perkara lain,contohnya sept09
  • Punca kewangan dimasukkan,contohnya daripada simpanan bank,ibu,saudara,datuk dan lain-lain.
  • Tarik ke bawah,klik kanan pada mouse pada bahagian memasukkan nilai,pilih format cell dan pilih currency (RM).kemudian tekan butang ok.
  • Masukkan nilai,tarik ke bawah dan tekan auto sum,jumlah besar akan tertera.
  • Buat satu jadual mengikut tarikh dalam bulan sept09.buat tarikh 1 dan 2 sept.Seterusnya tarik ke bawah,tarikh-tarikh lain akan tertera secara automatik.nilai matawang pula dibuat mengikut langkah diatas.
  • column 2,3,4,5 dan seterusnya disebelah tarikh  diisi dengan perkara-perkara lain seperti makanan,perbelanjaan,pengangkutan,pembelajaran dan lain-lain.
  • Colum kedua terakhir selepas perkara tersebut masing-masing diisi dengan  jumlah dan baki kumulatif.
  • Isikan perbelanjaan seharian mengikut kategori
  • bagi mendapatkan jumlah,perbelanjaan pada 1 haribulan ditarik ketepi dan tekan auto sum.
  • Bagi mendapatkan jumlah pada tarikh-tarikh lain pada bulan sept09,hitamkan jumlah pada 1 haribulan dan tarik ke bawah.
  • Bagi mendapatkan baki kumulatif pula,klik peta nilai baki kumulatif,letakkan "=",klik jumlah punca pendapatan diatas,kemudian tolak dengan jumlh disebelah  dan tekan tanda "right".baki kumulatif akan terpapar.
  • Bagi mendapatkan baki kumulatif pada tarikh lain pula,hitamkan baki kumulatif pada 1 haribulan dan tarik ke bawah.
  • langkah yang sama digunakan bagi kewangan bulan yang seterusnya.

Microsoft access

  1. Melalui microsoft access,kita boleh mempelajari cara-cara membuat pengkalan data (database).Misalnya untuk mengisi data pelajar.
  2. langkah pertama ialah,masuk ke microsoft access kemudian pilih blank database.masukkan nama kita ,cntohnya farah accbb dan tekan butang ok.create name,table akan terpapar,klik kanan tetikus dan tekan design view.nama data diisi  sebagai maklumat peribadi.kemudian tekan ok.
  3. Pada ruangan perkataan ID,tukarkan kepada nombor pelajar dan pada ruangan auto number ditukarkan kepada text.ttarikh lahir pula,auto number nya ditukarkan kepada date/time.tekan butang save setiap kali memasukkan data.
  4. langkah seperti diatas digunakan untuk mencipta table baru ,seterusnya,klik kanan dan pilih close all.
  5. Tekan butang database tools,pilih relatonship..klik pada butang add yang mana pelajar telah membuat table tersebut bagi setiap maklumat.
  6. Untuk membuat relationship,tekan maklumat yang sama pada table yang berbeza agar maklumat itu berhubung.
  7. Pilih create,pilih more form,form wizard.Pada bahagian table,nama fail yang pertama dimasukkan mengikut turutan.Tekan (>>) untuk memasukkan semua data.langkah yang sama untuk fail kedua dan ketiga.Sebagai peringatan,semasa memindahkan data,pastikan petunjuk berada di garisan paling bawah.
  8. Pilih jadual,isikan nama,contohnya smk Ibrahim..isikan semua maklumat didalam setiap ruangan.
  9. Proses membuat laporan pula,pilih create,pilih report wizard.sekiranya kita ingin  membuat report berkaitan akademik,pilih nama pelajar,no pelajar dan markah pelajar.seterusnya,tekan butang next,dan namakan fail tersebut.
  10. Bagi mencipta query pula,pilih create,pilih query design,tekan add pada setiap maklumat,masukkan maklumat pelajar pada ruang table pelajar.pada bahagian field pula,masukkan no pelajar.Melalui query,kita dapat mengira jumlah pendapatan keseluruhan  ibu dan bapa pelajar dengan cepat dan mudah
  11. Bagi membuat senarai jumlah,pada ruangan field,pelajar klik sebelah kanan pada mouse,pilih build,pilih folder table,pilih maklumat pelajar dan klik pada (pendapatan bapa+pendapatan ibu) dan tekan ok.jumlah keseluruhan pendapatan akan tertera.
  12. Sekiranya ingin membuat laporan pada maklumat tersebut,langkahnya adalah sama juga  seperti diatas.

Wednesday, August 26, 2009

NOTAKU!!!

yahoo mail

  • perkara pertama yang perlu dilakukan semasa menghadiri kelas komputer dalam pendidikan ialah mendaftar yahoo mail masing-masing
  • yahoo mail memudahkan perhubungan antara satu sama lain sama ada dengan pensyarah mahupun rakan seperjuangan
  • Oleh itu yahoo mail ini diaplikasikan di dalam kelas komputer dalam pendidikan untuk menghantar kehadiran kepada pensyarah melalui alam maya misalnya. 
yahoo Group
  • Yahoo group juga merupakan medan perhubungan antara satu sama lain.Yahoo group ini berbeza dengan yahoo mail.perbezaannya ialah kita boleh menjemput rakan-rakan kita untuk menyertai group kita,begitu juga dengan kita boleh menyertai group rakan yang lain
  • Melalui Yahoo  group kita boleh bersama-sama rakan yang lain membincangkan sesuatu isu,masalah,pandangan dan sebagainya melalui alam maya tanpa perlu bersemuka antara satu sama lain,maka yahoo group ini boleh diertikan seperti kumpulan perbincangan 
Facebook  
  • Merupakan satu laman web yang fungsinya hampir sama dengan yahoo group tetapi perhubungannya lebih meluas sehinggakan merentasi dunia.
  • Disini kita dapat berkongsi cerita,gambar,pendapat dan sebagainya dengan rakan-rakan yang kita kenal mahupun tidak kita kenal 
  • facebook ini memudahkan lagi perhubungan kita  serta proses pencarian rakan lebih mudah disini

Blog
  • Blog digunakan untuk menyimpan segala hasil  penulisan kita seperti nota,cetusan hati dan sebagainya untuk tujuan peribadi atau untuk tatapan semua.Selain itu kita juga boleh berkongsi isi blog kita dengan rakan-rakan yang lain.

PERBEZAAN SLIDE MASTER DENGAN SLIDE SHOW

    Teknologi yang canggih hari ini telah menaiktarafkan windows yang sedia ada daripada  microsoft powerpoint2003 kepada microsoft powerpoint2007.Penggunaan versi baru ini lebih menarik dan mudah.Maka disini  terdapatlah beberapa perbezaan antara slide master dengan slide show  biasa  dari segi background,font, dan masa.

Dari segi background:slide master digunakan sekiranya  kita  menginginkan background yang sama  disetiap slide powerpoint MANAKALA slide show biasa digunakan   sekiranya kita inginkan kelainan di setiap slide powerpoint kita .Dari segi font : Dengan menggunakan slide master font yang digunakan tidak boleh diubah2 MANAKALA dengan slide show biasa kita boleh menukar font mengikut citarasa
Dari segi masa:penggunaan slide master lebih menjimatkan  masa berbanding slide show biasa



 

PROSES METAKOGNITIF DALAM MENYIAPKAN TUGASAN

Metakognitif merupakan kesedaran berfikir tentang apa yang diketahui dan apa yang tidak diketahui.Dalam konteks pembelajaran ,siswa atau pelajar perlu mengetahui bagaimana untuk belajar ,mengetahui kemampuan dan minat belajar yang dimiliki serta mengatahui strategi belajar yang berkesan agar pembelajaran lebih efektif.Proses metakognitif ini di aplikasikan dalam menyiapkan tugasan.Terdapat beberapa langkah yang diikut antaranya,merancang.Sebelum menyiapkan tugasan saya akan merancang terlebih dahulu apa yang perlu saya lakukan sebelum memulakan tugasan.Hal ini membantu kita supaya motif yang ingin dicapai tidak terpesong dari landasannya yang sebenar.Ini menunjukkan bahawa perancangan ini perlu agar tugas kita dapat disiapkan dalam keadaan yang sempurna .Langkah kedua ialah melaksana.Setelah merancang apa yang perlu dlakukan,maka proses perlaksaannya perlu diteruskan supaya objektifnya tercapai.Saya melaksanakan tugasan saya dengan mengunjungi laman-laman web yang berkaitan sebagai panduan untuk menyiapkan tugasan.Namun demikian,proses pencarian maklumat ini lebih mudah diperolehi dengan bantuan laman web www. 3metaku.com.Setelah melaksanakan tugasan ,kini tiba pula langkah untuk memantau hasil tugasan yang disiapkan.Saya akan memantau blog rakan-rakan untuk melihat hasil kerja mereka untuk dibuat perbandingan.
Langkah seterusnya ialah menilai.Setiap tugasan yang dilakukan perlu dinilai untuk melihat sejauh mana hasil kerja kita.Oleh itu,saya menyerahkan kepada pensyarah dan rakan-rakan terdekat untuk menilai hasil kerja saya.

Tuesday, August 25, 2009

PINGU!!!!!!!!!!!!!!!!!


Apa itu teman?? 
maybe mcm iklan Ali Cafe"teman Sejati Sntiasa d hati"!
atau
mcm FaIr & LOvely"Tiap hari sayang"
Tp org2 tua Ckp temAn 2 bahaya,mcm iklan ASTRO"Mcm2 ada"apa2 pun "Aiman X kisAh"..
Tp bagi saya temAn 2 mcm iklan Loreal"kerana dirimu BegItu Berharga"...ThAnks my friendS!!!!!!!!!!!

Sunday, August 23, 2009

TEKNIK MEMPELAJARI KEMAHIRAN ICT MELALUI 3METAKU

        Pra keperluan daripada 3metaku  memberi panduan  mengenai  kemahiran-kemahiran asas yang perlu  diketahui untuk mengakses  dan mempelajari  maklumat daripada internet.Terdapat  4 pelayar web utama iaitu internet explorer,mozilla firefox ,opera dan safari.Pelayar web ini membolehkan kita  melayari  maklumat daripada internet. 
        Terdapat beberapa ejen carian yang digunakan untuk mencari maklumat.Ia juga merupakan  laman web yang mengumpul dan mengorganisasikan laman -laman  web berdasarkan sesuatu kata kunci.Ejen carian yang umum yang sering digunakan ialah,yahoo,google dan ask jeeves.Melalui 3metaku juga terdapat beberapa teknik carian yang di perkenalkan.Teknik-teknik carian tertentu memberi kelebihan kepada kita untuk membantu mencari maklumat dengan cara yang cekap  dan berkesan.Antara teknik carian yang dibincangkan dalam teknik 1 ialah sepertimenggunakan kata kunci untuk mencari laman web.Teknk kedua menggunakan tanda pembuka dan penutup kata untuk mendapatkan untuk mendapatkan hasil carian yang tepat dan spesifik.Teknik yang ketiga ialah menggunakan kemudahan "advance search" untuk menghadkan carian kepada bahasa,bidang,domain internet dan sebagainya.Teknik yang keempat ialah dengan menggunakankata kunci untuk mencari objek grafik /imej melalui enjin carian yang sesuai seperti yahoo dan google dan yang terakhir melalui new tab/window. 
       3metaku juga menyediakan teknik2 yang sesuai  untuk  menyimpan bahan dan maklumat. teknik pertama,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites.teknik kedua,menyimpan alamat laman web menggunakan bookmarks/favorites dengan mencipta folder supaya alamat disimpan lebih teratur.Teknik ketiga ialah menyimpan dokumen laman web dan teknik yang terakhir ialah menyimpan objek web sepeti videc,grafik,audio dan dokumen dalam format pdf,ppt,doc dan lain-lain.

        Selain itu 3metaku juga menyediakan 2 modul pembelajaran iaitu Modul pembelajaran secara dalam talian dan modul pembelajaran secara luar dan dalam talian.Modul pertama ialah untuk pelajar yang inain mempelajari bahan secara dalam talian. Modul ini melibatkan proses mencari,memilih dan mempelajari bahan secara dalam talian.antara proses yang dicadangkan dalam modul ini adalah memulakan  dengan proses mencari maklumat yang menghasilkan peta minda.kemudian  pilih maklumat yang hendak dicari dahulu dan teruskan dengan proses memilih dan mempelajari maklumat tersebut.langkah tersebut diulangi untuk mencari maklumat yang lain.setelah selesai gunakan maklumat yang telah disintesis untuk menyelesaikan tugasan.  Modul kedua ,langkah 1 hingga  sama dengan modul  1,cuma langkah keempat maklumat disimpan satu demi satu sebelum disintesis.